"Menutup aurat secara sempurna. It's not easy. It's a process. But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let's do it right!"
![]() |
| (Picture credit to Sue Anna Joe) |
Ni lah entry yang Fie nampak dari Blog Sue Anna Joe
maybe Fie la the last person yang buat entry pasal kempen ni.. hihi tapi takpe.. asalkan niat Fie memang iklas nak berkongsi dengan you all since dulu pun Fie ni pun on off je wearing Hijab yang sememang hukumnya kita tau iaitu WAJIB bagi seorang perempuan/wanita yang sudah mencapai umur Akil Baligh. Masya Allah, begitu jahilnya diri ni bila membiarkan aurat terdedah (lebih lagi bila sudah bergelar seorang isteri) dan boleh dilihat oleh kaum yang bukan muhrim.
well Fie tak nak bercerita panjang. Fie pun banyak kelemahan diri, so Fie sekarang tengah improve and kali ni memang nak try to be consistent about not-so-new-things in life ni. Dan Alhamdulillah. Allah bukakan pintu hati ni semula. nilah Hidayah yang takkan Fie sia - siakan lagi. InsyaAllah. okay, straight to da point..
pasal kempen ni we call it
"WIR (Wear It Right) CAMPAIGN: Covering the chest is the best!!
"WIR (Wear It Right) CAMPAIGN: Covering the chest is the best!!
kempen ni untuk memberi kesedaran untuk para pemakai Hijab (shawl, pashmina, scarf) untuk melabuhkan sikit Hijab yang korang pakai and make sure people Don't See
- Your hair
- Your ornaments
- Your chest
- Your neck
- Your shoulder
Petikkan Dari Surah an-Nur: Ayat31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
![]() |
| nasihat Fie, bila korang pakai Hijab shantung macam ni, tak payah la pin belakang neck tu.. kerana salah satu cara untuk membezakan mukminin dengan mukminah dan juga mukminah dengan perempuan jahiliyah adalah cara pemakaian Hijab itu sendiri.. tapi kalau macam ni kan dah menyerupai.. (picture credit to Oh! Islam) |
| contoh cara yang Fie pakai. =) |
| Shawl/Pashmina salah satu cara pemakaian Hijab yang paling mudah untuk digayakan dan panjang. paling senang nak tutup aurat, tapi kalau nak pakai yang transparent, kenalah ade lapis kat dalam macam inner yang labuh yang tak menampakkan susuk tubuh. |
okay Girlfriends ape yang Fie zahirkan dalam entry ni bukan untuk mengutuk, menghina atau mencaci sesiapa. hanya satu pengajaran dan pengongsian untuk kawan - kawan dan diri Fie juga. semoga hari - hari kita beroleh ketenangan, kebaikan dan diredhai Oleh Nya. InsyaAllah. Amin
Fie sayang semua Girlfriends Fie.



No comments:
Post a Comment