hari ni kerja saya di office sangatlah tak banyak, cuma lepas lunch je lah tadi mcm sibuk sikit.. tu pun kurang dari 10 minit saya dah pun selesai, jadi sekarang ni tersangatlah mengantuk.. *yawn*.. so baik saya isi masa mengantuk ni dgn menulis. kalau saya membaca, memanglah sekejap je ni saya pun tido. hahahahahha... kalau menulis ni kena pakai idea dan tangan pun bergerak.. taklah ngantuk.. ye tak????
tengah saya memikirkan cerita ape nak ditype, saya teringat pulang hendak menyambung pasal interview saya masa 3 minggu lepas, tapi saya sangat kekurangan idea untuk memblogkan pengalaman itu. lagi pulak saya agak samar - samar sedikit mengenai jawapan yang saya berikan.. (lupa).. urggggghhhh.. nampak sangat saya dah tua sebelum waktunya.. =( so.. perkara paling senang nak bercerita adalah mengenai dunia sekarang ni lah.
malam semalam mengucap panjang saya bila menonton bulentin utama mengenai bayi lelaki yang ditanam berhampiran landasan keretapi di shah alam.. Ya Allah, tergamaknya si perilaku berbuat demikian, saya mengagaklah mungkin bayi itu ditanam hidup - hidup dari statement polis yang tidak menafikan bahawa bayi lelaki itu ditaman lebih kurang dari 24 jam dan darahnya memancut apabila lubang itu digali.. airmata saya mengalir tiba - tiba, sedih mengenangkan perkara sebegini. tak habis - habis. dari dulu sampailah sekarang. perkara ini masih berleluasa. membunuh insan kecik yang tidak berdosa. manusia jenis apa ya yang tak mempunyai hati dan perasaan kasihan & kasih sayang? kalaulah tak nak bayi tu.. hantarlah ke tempat yang dirasakan selamat, bukan untuk si perilaku tetapi untuk bayi berkenaan. Rumah kebajikan ke, di hadapan masjid ke, janji tempat itu selamat.
bukan dalam keadaan sebegini, dia pun manusia juga, ada hak untuk menikmati hidup seperti orang lain dan berhak dimuliakan. Astaufirullah Al'Azim. sedih benar saya, untuk diri ini, saya masih lagi menunggu rezeki Allah SWT untuk menikmati kenikmatan mengandung, melahirkan, memanjakan bayi@anak saya yang kedua dan seterusnya. rezeki masih tidak menyebelahi saya. pernah berhasrat untuk mencari anak angkat, tetapi tak tau nak cari kat mana? bila dengar kes-kes seperti ini, saya agak terkilan.. =( tanyalah sesiapa pun, orang yang berfikiran waras dan beriman kepada Allah SWT. takkan tergamak untuk melakukan perbuatan sedemikian walaupun pada binatang. inikan lagi manusia yang sememangnya mempunyai kedudukan yang lebih mulia dari segala benda hidup di muka bumi ini.
sewaktu saya melahirkan puteri pertama dahulu *Danieya Batrisya binti Ahmad Ismail* pada tarikh 11.11.2006 dan pada jam tepat 11:06 minit malam. saya mempunyai naluri bahawa tidak akan ada sesiapa pun yang boleh *harm* amanah Allah yang satu ini kecuali dia memang melakukan perbuatan yang salah dan denda yang boleh dikenakan hanyalah satu nasihat. (mengikut peringkat umur dan penerimaan) mereka masih kecil untuk memahami apa itu kesalahan dan kita sebagai pembimbing lah yang mempunyai kuasa mutlak untuk mewarnakan kain putih ini. mengajar untuk bezakan warna air atau cat, warna lembut ataupun garang, warna hitam ataupun putih yang harus dilakarkan. ibu bapa adalah guru, contoh dan pembimbing yang sangat rapat. diri kita, cara kita dan perbuatan kita adalah contoh yang paling hampir untuk membentuk diri mereka.



mengenai bayi lelaki tadi, biarlah Allah SWT sahaja yang membalas perlakuan manusia yang berhati binatang itu. semoga bayi lelaki ini ditempatkan disisi kaum muslimin dan muslimat. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:
Post a Comment