ok.. sambung balik cerita kita ea….
erm.. lebih kurang 3 minggu lepas saya dijemput untuk menghadiri temuduga bersama Air Asia's erm.. kalau AA's mestilah Flight Attendant atau Ground Staff.. ade nampak juga AA's these days dah lunching hotel.. maybe FA's untuk hotel kot.. hahahah…. saya cekalkan hati untuk menghadirinya.. all by myself, mr. hubby ada juga menawarkan diri untuk menemani saya (yang pada mulanya membantah 150% untuk saya menghadirkan diri) tapi tak sampai hati pula, cukuplah dia membenarkan saya menghadiri temuduga ini. pada mulanya perasaan takut memikirkan bagaimana perjalanan temuduga itu diadakan. saya sememangnya "zero knowledge" belum pernah menghadiri mana-mana temuduga yang seperti ini, pernahlah suatu ketika dulu menemani rakan karib saya untuk menghadirinya tetapi saya tak pernah bermimpi yang saya akan melaluinya. iyelah paras saya "bukanlah cantik sangat pun", mustahil bagi saya untuk terpilih walaupun untuk sesi temuduga yang saya telah difahamkan bahawa kesemua candidates ini hanya yang telah disenarai pendekkan. sesungguhnya pengalaman ini sesuatu yang amat berharga.
apabila berhadapan dgn building LCCT, excited pula rasanya.. hihi.. doa mengiringi di setiap langkah kaki saya dan hati saya hanya melafazkan kalimah allah dan doa yang tidak putus-putus, bukannya doa supaya saya akan dipilih dan berjaya menjadi FA yang sememangnya menjadi impian tetapi semoga saya dikuatkan semangat, mental dan fizikal saya untuk membentangkan idea/kecerdikkan yang bernas dan biarlah semuanya yang positif sahaja.. disini, hari ini =) dan ianya bermula sekarang... (wow, pandai cakap je..) semasa temuduga dijalankan, banyak benda yang saya tak expect , stage pertama kami perlu mengukur berat badan dan tinggi, sekarang semuanya mengikul BML dan bukan seperti dulu yang hanya mengukur tinggi sahaja. selepas kedua duanya selesai, tibalah masa untuk ‘document check’ sijil sijil berkenaan harus diatur dengan betul dan senang untuk dirujuk dan yang paling penting ianya harus di copy dahulu, dan jangan sesekali membuat kerja last minute atau mengharapkan di LCCT ade photocopy shop. Mana ade kedai yang dah bukak seawal 9.00 pagi…. well its just shown your bad attitude.

setelah selesai stage yang pertama, tiba giliran untuk stage yang kedua.. yang kedua, candidates perlu untuk ber’catwalk, berjalan seperti miss universe dgn bag tarik disebelah kanan@kiri berjalan memandang ke hadapan, langkah kaki yang seharusnya confident, tegak, kadar kelajuan dan besar langkah mestilah seiring dan sentiasa mengukir senyuman manis, bukan paksaan.. saya cuba untuk tidak membuat kesalahan walaupun seumur hidup saya, inilah pertama kali saya melakukannya. selama ini saya berjalan agak laju dan langkah kaki saya selalunya bersepah. pernah ditegur tetapi, semenjak dibangku sekolah.. begitulah gaya berjalan yang saya ada.. hihi
selesai stage kedua, now masa untuk berehat. urghhhh berdebar-debar dada ni.. mengapa lah turn saya pula sudah sampai waktu untuk berehat(lunch hour). saya gugup untuk meneruskan stage ketiga. kali ini hanya tinggal beberapa org sahaja. kebanyakkannya sudah pulang kerana gagal dalam stage kedua. alhamdulillah.. rezeki saya.. sekarang apa yang perlu saya buat hanya berdoa, syukur kerana melalui pengalaman ini dan sampai ketahap ini.. walaupun saya tak akan di pilih tetapi sekurang kurangnya saya berpengalaman menghadiri temuduga ini. ada orang tanya ‘best ke jadi FA/cabin crew?’ ‘happy sangat ke untuk melakukan pekerjaan yang akan melangkah ke neraka?’ ‘ FA ke? stewardess ke? cabin crew ke? tulah antara pekerjaan yang sangat sosial dan banyak dosa… hurmmmmmm… semua org akan nampak dark side je.. tak pernah nak fikirkan positivenya, bukan semua begitu, pakcik saya ‘Ayah Cu’ dia Senior Steward di Penang, lagilah dia fly internation je dan dia ok, family pun takdelah social.. educated & pentingkan nilai-nilai agama dalam hidup seharian.. kak ak saya yang ketiga, ‘Kak Iezan’ sama jugak.. so far ok je dia kerja, masih ingat suami dan anak-anak..
HALOOOOOO… jika saya ditanye, ikhlas saya merasakan semua pekerjaan itu sama, yang penting niat kita untuk apa. ada juga ustad yang melakukan pekerjaan yang baik disisi agama seperti memberi syarahan tetapi selepas itu meminta-minta bayaran syarahannya pulak tu dengan kadar yang agak tinggi, dan ada juga org yang bekerja tetapi separuh waktunya hanyalah untuk membuat pekerjaan lain atau ber’internet’, banyak menular… hahahha well, sama je perginya, yang lain hanyalah niat.. oklah.. macam nak beri syarahan lak.. Allahualam, Innalillah..
Kita sambung… so selepas waktu rehat,saya kembali ke LCCT… untuk stage yang ketiga, disini saya di temuduga oleh 3 orang penemuduga… saya ditanya beberapa soalan mengenai pekerjaan FA/CC ini..
1. why you want to become a flight attendant??opsss, banyak sangat da thread ni.. to be continue…
2. why you choose air asia??
3. what can u give the airline??

No comments:
Post a Comment