Alhamdulillah, akhirnya Fie dapat jugak merajinkan jari jemari ni untuk menaip.. sebenarnya, Fie ni bukanlah dari golongan yang suka bercerita.. tapi tu la.. orang ada blog, dia pun nak jugak. tapi bila bercerita macam sedikit merapu (sebab tu la Fie lebih suka upload gambar je, so korang buat lah andaian sendiri) hehe...
sebenarnya, apa yang Fie nak kongsi ialah pasal kemasukkan murid - murid pra-sekolah kat SIGS.. baru Fie tau sekarang, sangat strict. tapi siapa yang tak mau anak dia dapat join *antara* sekolah-sekolah yang terbaik kan? lagi la sekolah perempuan (Batrisya.. haruss). bergaul dengan perempuan je.. kenapa Batrisya harus?? sebab masa tadika ni je, dia da jadi mastermind. semua kids ikut cakap dia. Fie & Mr. Hubby pun sangatlah risau. so dari awal kalau boleh, biar Batrisya banyak bergaul dengan girls. (mudah - mudahan)
berbalik pada cerita masa briefing Sabtu lepas. baru lah fie tau, hanya ibubapa yang income RM2000.00 kebawah sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar di mana - mana pra-sekolah di Malaysia ni. sebab yuran yang percuma 100% ditanggung oleh kerajaan kecuali school equipments la.. macam baju sekolah, baju sukan, activity books, school shoe & school beg. (costs tak melebihi RM100.00 pun ye tak?) no wonder la.. tapi disebabkan SIGS agak jauh dari rumah.. banyak ibubapa yang berpendapatan rendah yang tak berani nak ambil risiko hantar kat SIGS kecuali, yang duk kat area Bukit Saujana, Larkin & Nong Chik. dekat-dekat jugak la tu. so, syarat tu dikecualian. ada juga diantara yang memohon yang income melebihi RM10,000.00. (tak dapat la nak nolong.. hantar la kat nuri/smart reades) jadi, diantara 35 orang yang memohon, hanya 22 orang saja yang diterima. Alhamdulillah.. rezeki Batrisya..
kenapa Fie mohon SIGS? kan jauh dari Tampoi.. (sebab convent takde pra-sekolah.. hehe) erm.. sebabnya Mr. Hubby kerja kat Landmark Mall. so, satu jalan.. senangnya nak pantau.. (...dan sebab diatas juga)
lagi satu syarat - syaratnya, walaupun Fie dah register Batrisya kat SIGS untuk tahap 1 tahun 2013, tapi jangan la mengharap sangat. sebab Pra-sekolah ni sama macam tahap 1. ada exams. dan kalau Batrisya tidak pandai membaca dalam Bahasa Melayu atau Inggeris, dia jugak tidak layak untuk masuk ke tahap 1. sangat merisaukan Fie. kalau ikutkan, Batrisya memang dah kenal huruf dan suku kata, tapi yang geram dia cepat lupa kalau dia lapar... uwaaaaaaaaaaaa..
inilah sebenarnya yang sangat menganggu emosi Fie, tapi kalau dia kenyang.. apa pun dia boleh ingat. sometimes kelakar jugak kalau fikir. tapi hakikatnya macam tu lah dia. Fie kenalah beri galakkan kalau nak Batrisya masuk ke tahap 1 dengan cemerlang. to parents yang nak masukkan anak perempuan korang ke SIGS, kukuhkan lah kids you all. berikanlah dorongan dan perhatian yang cukup untuk mereka terus di SIGS. mudah - mudahan dengan usaha & tawakkal, kids kita akan jadi yang terbaik & lebih baik dari kita. InsyaAllah.
bukanlah Fie cakap sekolah lain tak bagus. actually semuanya bergantung pada kids tu sendiri & the way their parents were treating them. cuma kalau nak yang terbaik.. kenalah usahakan untuk yang lebih baik. pada Fie, takde alasan kalau ke arah kebaikkan.banyak sangat alasan.. pemalas namanya.. =)
*Fie memang sangat bersemangat kalau pasal Batrisya, ye lah sorang.. belum ada rezeki lagi.. doa dari korang semua sangat - sangat Fie harapkan.. semoga rezeki tu akan tiba, soon.. Amin.
| 1st day sekolah |
| setelah pertukaran itu dilakukan.. tengok lah.. bersilat - silat.. mcmana la baby giant ibu ni.. |
=),

No comments:
Post a Comment