Monday, September 12, 2011

*bersabarlah*

Seorang muslim sejati tidak pernah terlepas dari tiga keadaan yang merupakan tanda kebahagiaan, iaitu

1. bila dia mendapat nikmat maka dia bersyukur,
2. bila mendapat cobaan maka dia bersabar 
3. bila berbuat dosa maka dia beristighfar. 

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, ALLAH Ta’ala berfirman: Tidak ada pembalasan bagi seorang hambaKU yang mukmin yang telah AKU ambil kembali kekasihnya dan ahli dunia ini kemudian ia hanya mengharapkan pahala daripadaKU, kecuali pembalasan syurga.(HaR Bukhari)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya ALLAH Ta’ala berfirman: Apabila AKU menguji salah seorang hambaKU dengan buta kedua matanya, kemudian ia sabar, maka AKU akan menggantikannya dengan syurga.(HR Bukhari)

Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhuma, dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: Seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemelaratan, kegundahan, kesedihan, kesakitan mahupun kedukacitaan akibat tertusuk duri pun, nescaya ALLAH akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu.(HR Bukhari & Muslim)


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.(HR Bukhari)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang baik maka DIA akan menyegerakan seksaannya di dunia ini, dan apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang jahat, maka DIA akan menangguhkan balasan dosanya sehingga akan dituntut nanti pada Hari Kiamat.”

Sumber : http://muzir.wordpress.com/2010/10/07/bersabarlah-wahai-saudaraku/
 

Sabda Nabi SAW bersabda:
Rasullah telah bersabda, bagi orang yang sabar itu mempunyai  tiga tanda besar iaitu

1. Sabar dalam melakukan perintah Allah
2. Sabar menghadapi musibah dan
3. Sabar menerima qada’ Allah


dan kita juga sering diperdengarkan dengan hadis Nabi saw:
ASsabru Minal Iman” yang bermaksud Sabar itu sebahagian dari iman.

Firman Allah yg bermaksud ” sesungguhnya Allah bersama2 orang yang sabar “.
Semoga kita menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh kesabaran.. jangan mengalah atau merungut dengan keadaan sebaliknya berusahalah ke arah impian dan berserahlah diri kemudiannya, sabarlah atas segala yang ditentukan oleh Allah SWT kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua, yang mungkin tiada dalam perancangan kita sekalipun.

Wassalam,

No comments: