26/27 Julai 2010, bersamaan 15 Sya'ban 1431 Hijrah.
Hari ini, nisfu Sya'ban, dah 5 tahun Arwah atuk (Arwahyarhammah Fatimah Binti Ibrahim) meninggal. Rindunya..
Al-Fatehah..
Semalam, saya dan suami memang tidak perasan mengenai tarikh bulan Sya’aban. Tak ingat langsung pun bila tarikh Nisfu Sya'aban ini sebab hari hari duk mengadap kalendar masihi.. Yang saya tahu, dah masuk bulan Sya'aban dan bulan depan seluruh umat islam dimuka bumi ini diwajibkan untuk menjalani ibadah puasa (kecuali yang dikecualikan) yang sememangnya telah diketahui umum yang bulan puasa (Ramadhan) adalah bulan penuh kerahmatan, keberkatan dan sesetengah menganggapnya bulan kelaparan, Nau'zubillah... dah tercongak di minda selepas menunaikan ibadah puasa, kita semua akan beraya, ada juga yang dari awal lagi sudah sibuk menyiapkan kelengkapan untuk beraya.
Ya Allah, maafkanlah hambaMu yang alpa dengan kenikmatan duniawi ini, Ya Allah.
Semalam setelah teringatkan bahawa Mama dan Papa akan ke surau, dan Emak yang sibuk melangsaikan tugasnya sebelum maghrib menjelma, barulah saya dan suami bergegas pulang untuk sama - sama melakukan ibadah yang satu ini. Ibadah yang perlu dilakukan dengan rasa rendah diri dan keikhlasan hati, ibadah yang sangat senang untuk dilakukan dan teramat besar ganjarannya. Insya'Allah.
Teringat pesan mak bahawa malam ini pintu syurga terbuka seluas - luasnya. Hari nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib) Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Sya’aban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang. Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Sya’aban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut. Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Sya’aban sampai hari Qiamat. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Sya’aban yang mulia ini kerana bulan Sya’aban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.
Wallahua'alam
Jadi marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi bulan Sya'aban ini dengan amal ibadat yang lebih kerana kita tidak tahu samada kita berkesempatan lagi untuk bertemu dengannya tahun hadapan...
Nauzubillaminzalik...
Lagi-lagi kelebihan bulan Sya'aban.


No comments:
Post a Comment