hello guys,
posting kali ni agak pelik, cerita pasal botol susu Danieya??? kenapa ye???
ha.. ni nak cerita apa yang happens 2 hari lepas, semestinya pasal botol susu. Kalau nak dikira dah banyak dah botol susu Danieya, berpuluh rasanya. Sebab - sebab saya dan suami selalu tukar botol susu Danieya sudah tentu sebab pecah, hilang & tertinggal kat mana-mana ntah. So saya dan suami selalu mencari botol susu yang sangat 'tough' untuk toddler bernama Danieya Batrisya Binti Ahmad Ismail ni.
Dulu mula - mula saya belikan toddler saya bottle susu biasa - biasa je. Metrojaya/Jusco kan banyak. Macam-macam jenis, yang bengkok, bersilang, lurus, kartunnya macam-macam bentuk dan sangat fancy pun ade. Saya gunakan botol susu tu sehingga Danieya mencecah umur 7 bulan. Tetapi setelah menyedari bahayanya BPA yang akan effect tumbesaran bayi, saya bertukar kepada botol susu yang bebas BPA. Di sini saya menyenaraikan botol - botol susu yang sudah digunakan oleh toddler saya yang sudah semestinya bebas Bisphenol A atau nama ringkasnya BPA. dalam banyak banyak gambar botol yang telah dicuba Danieya setakat ni ada 2 je yang tough.
Since susu badan saya masih tidak kurang sehingga 7 bulan, saya terpaksa bawa breast pump ke office. Pada awalnya dulu memang saya tidak mengamalkan Danieya dengan susu badan (sakit) tapi kesian pulak tengok Danieya. Bila dinasihati suami dan Doctor, saya mula menyusukan Danieya semula sehinggakan ada waktu - waktu tertentu susu menjadi banyak dan saya perlu buat stock. Di nasihatkan oleh mama, saya pun beli semula Brest Pump yang ketika dulu sewaktu baru melahirkan Danieya dah pun beli, tapi dah pun jual semula.. hihi.. dulu tak pakai. Saya ni tak suka buang masa, jadi malas untuk menggunakan yang manual. Saya membeli *Single electronic brest pump out and about set* dengan harga RM499 je dari sepupu yang menetap di UK, murah dari harga di Malaysia yang RM600++. Dapat;
1. 2 botol 4 oz,
2. 4 botol 9oz & 1 botol 11oz free,
3. manual pump parts (in-case kalau batteri dah habis),
4. ada breast shell sets (6pcs),
5. breast pad (8pcs),
6. microfiber travel bag,
7. VIA cup refill cup with lid (6pcs)
banyak kan? tapi banyak banyak botol tu, yang boleh diselamatkan cuma 9oz tu 2 biji. Yang lain ada yang hilang, kasi orang & pecah.. =(
Lepas tu cuma nak tukar angin sebab botol susu ni sangat cantik, *Glass baby bottles dari Green to Grow* ada 2 x 9oz . Yang ni dibeli oleh makcik semasa die pergi holiday dengan family dia ke US. Cantik sebab botol ni kaca. Susah nak jumpa botol kaca zaman ni kan? Teringat pulak zaman kecik - kecik dulu pakai botol kaca. Tapi tak sampai 1 tahun, dua - dua dah pecah.
Yang ni pulak hadiah dari Aunty Linda, dia dari Jakarta. Datang ke Malaysia sebab suaminya bertugas di MMHE. Kawan baik Papa. Botol ni memang sangat cantik. Brand *Organic Kidz*. ada 1 x 4 oz & 1 x 9oz Botol ni Stainless Steel. Tapi hilang dengan beg - beg Danieya sekali sebab tertinggal masa kita orang pergi night Safari kat Zoo Taiping. Alah, ralat sangat masa tu. Erm... tak boleh buat apa lah.
Botol *Weego dari Life Factory* ni Mama Aini yang belikan untuk Danieya. Dekat je, Singapore. ada 2 x 4oz & 2 x 9oz. Hadiah masa Danieya 2 tahun. Botol ni pun kaca jugak, ada 4 semua dah Almukaramah pecah.. hihi.. Biasalah Danieya. Wondergirls. Tu semua kacang je nak habiskan..
Ha.. yang ni *Hallmark* 1 x 4oz & 1 x 9oz. Beli sendiri kat Mid Valley. Murah je, masa tu butik Hallmark nak tutup. So dia buat sale harga dia RM47.00. hihi.. best beli time sale!! Tapi tak tahan lama, plastic dia cepat pecah jugak. Danieya memang suka baling-baling botol susu.
Lepas tu bertukar pulak kepada Tupperware, Lama jugak Danieya pakai tupperware, Sampai ke sekarang. Tapi design je ade yang lain. Dah 8 bottle jugak Brand Tupperware ni. Sebab 8 botol, ade yang pecah jugak, tapi saya suka sebab plastik. Harga boleh tahan murah. Tapi yang tak best, botol susu Tupperware ni gambar cartoon & sukatan susu tu cepat hilang. Lagi satu dia ade second lid. Selalu hilang lid yang tu. Kalau takde lid nanti susu dia spills, kalau nak beli pulak harga Rm1.50 ke berapa ntah. Bukan sebab mahal, tapi kiosk Tupperware tu tutup cepat. Leceh. So botol susu tukar lagi.
Yang ni design baru from Tupperware, baru bertukar yang ni. Saya beli 4, haaa.. puas hati. Hahaha.. yang ni senang sikit sebab dia tak payah ader secong lid. Senang kerja saya.
Tapi 2 hari lepas kawan saya offer harga murah untuk Avent. Nilah nak cerita 9oz x 3 botol dia offer saya RM59.00. Haa.. siapa tak nak kan? murah betul, kalau tengok kat market, RM80.00++ .
Erm, so.. kesimpulannya, Danieya mmg banyak botol susu. Kira jelah.. sebelum sekolah ni. Danieya kena stop minum susu dalam botol. Kena jugak ajar pakai cawan. By hook or By crook. Tapi Danieya ni lain perangai.. Dia sangat banyak tanye.. dia pernah tanye saya,
"Kalau leleep macamana nak minum pakai cup bu?? nanti tumpah"
masa tu saya jawab
"mana ada orang tengah tidur minum air"
funny muka Danieya masa tu.. maybe dia terfikir jugak. Tapi akhirnya saya mengalah jugak. Kesian anak saya yang sorang ni. Tak apelah Danieya, tapi bila dah ready for school that's when we should start thinking about giving you a cup to drink. =)
near soon!!



No comments:
Post a Comment