*Aduh dia ni, sangat seronok mengumpat hal orang lain.*
Macam tulah keluhan saya bila terbaca *post* seorang makluk Allah ni. Apalah salah saya pada dirinya sampai sibuk menghina kekurangan diri saya ni. Saya tak pernah pun mengaku saya ni cantik. Cakap saya ni cantik pun, seumur hidup ni tak pernah membabitkan paras rupa. Tapi cantik dari kesempurnaan Allah yang menciptakan saya cukup sifat, tiada cacat celanya, kalau ada pun, itu adalah kekurangan dari diri saya sendiri. Dia tu lain lah, puji sikit, kembang memanjang. Ye lah, orang cantik. Sedih bila tengok artikel tu.

"Saya pun hanya dapat tahu apabila terbaca diblognya. Selama ni saya tak ambil peduli mengenai blognya, dah sedia maklum orangnya cukup anggota pancaindera. Cantik lah tu disisi orang - orang yang tidak mendapat nikmat Allah seperti orang ni. Berjinak - jinak dalam dunia artis. Tapi agak suam suam kuku popularitinya. Ishhh, ntah kenapa, tiba-tiba hati ni macam memaksa je nak tengok blog si minah ni. Bila saya terbaca satu artikel ni, owh rupanya, Allah nak tunjukkan kepada saya yang si minah ni yang sibuk mencanang cerita orang lain. Termasuklah cerita mengenai diri saya yang tak lah sesuam - suam kuku darinya."

Sebelum ini saya tak pernah nak dengar atau ambil tahu hal dia. Tiba -tiba bila dah terkena batang hidung sendiri yang minah ni sibuk menceritakan kisah kekurangan diri ini.. aduhhh.. sakitnya hati. "Maklumlah saya bukan jenis suka jaga tepi kain orang. Kain sendiri pun orang lain yang tolong jagakan."
Berbalik pada kes si minah ni.. saya berdoa semoga Allah mengampunkan segala perilaku yang telah dilakukan kepada mangsa - mangsa yang terbabit. Bak kata suami saya,
**Kesalahan/kejahilan kita terhadap Allah SWT sangat mudah diampunkan, tetapi kesalahan terhadap sesama manusia.. sangat susah.. Lebih-lebih lagi jika manusia itu telah meninggal dunia..**
Ingatlah wahai hamba Allah SWT, jangan suka mencanang cerita orang lain, awak tu *Public Figure* Bertaubatlah, lagi pulak awak sekarang sedang berbadan dua. Cukup - cukuplah.

'Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Serta mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran'
Surah al-'Asr, Ayat 1-3
Surah al-'Asr, Ayat 1-3
Ya-Allah, bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Ampuni aku jika selama ini aku menjadi fitnah kepada orang lain dan menyebabkan orang lain semakin jauh dariMu Ya-Allah. Sesungguhnya aku berharap agar mereka semua kembali kepadaMu. Aku cuba mengimani pesan RasulMu bahawa aku ini masih belum beriman sekiranya masih belum mencintai saudara seislamku sepertimana aku menyintai diriku sendiri. Aku sendiri ingin menyelamatkan diri daripada azabMu, begitu juga aku harapkan bagi mereka. Amin Ya-Rabbalalamin'

No comments:
Post a Comment