Thursday, August 5, 2010

*Team Building Session*

Hye Guys,

Actually fie sekarang tengah join *Team Building*, yang tak best, orang lain dapat pergi Bali, Langkawi, Pulau Perhentian, Tapi bugdet kitaorang cuma kat Thistle je. Hahhaa... Unfair kan? Tapi bila fikir - fikir balik.. bolehlah, anggap je lah sekarang ni kat pulau, nampak laut jugak kan? Hihi, bila start sesi Team Building ni, memang best, banyak aktiviti tapi lepas waktu Zohor tadi macam mengantuk sekejap, sebab ade pulak sesi *BrainstorminG*. Alahai, saya memang cukup lemau kalau ade brainstorming. Mengantuk tak hingat!

Sekarang saya dekat bilik, kalau takde sesi macam ni, saya memang tak merasalah nak duduk kat Thistle JB ni. Iyelah, takkan nak duduk Thistle JB, dah sah - sah rumah kat JB. Kalau kat Kl ke, Port Dickson ke, oklah lagi =)

Saya tengah mengumpul idea yang bernas ni, macamana nak menghasilkan idea yang baik dan bermutu ye? Kalau korang tanye saya? Saya pun takde idea. Saya bukan bekerja dibahagian yang memerlukan saya memerah otak memikirkan segala benda yang kreatif. Saya hanya perlu menjaga KPI dan kualiti kerja. Sebagai pembantu peribadi, saya mestilah sentiasa anggun, bijak & kurang bercakap yang mana satu pun saya tak de dalam senarai. Takdelah nak bentangkan idea-idea untuk rancangan apa - apa. Cuma, kena fikir balik tentang to do list tadi. Anggun? Bijak? Kurang bercakap? uwaaaaaaaaaaaaaaaa.. adakah saya patut di'grooming'. El cakap tadi, memang pun sebelum saya ditempatkan semula ke KL.

Sayangnya saya dah tak jaga En. Iskandar, siapa pulak yang saya kena entertain lepas ni? Macam nak mintak tukar department je.. Atau berhenti lebih baik??? Kesian Mr. Hubby, kena tinggal berdua dengan Nieya lagi??? Serba salah pulak.. Nantilah, fikir - fikirkan dulu. Bila tiba masanya, insyaAllah, kalau ade rezeki dimana - mana saya pergi. =)

Saya ni tengah sambil - sambil melayan movie *On The Line* lakonan Lance Bass dan Emmanuelle Chriqui. Jalan cerita ni sangat simple. Tapi kalau layan, best. Relax je otak. Saya letakkan Trailer On The Line ok =)






No comments: