Monday, January 4, 2010

berhentilah berharap!!


SELAMA ini saya hanya memerhati saja senario yang melanda kebanyakkan manusia disekeliling dan kini tergerak hati untuk menyuarakan pandangan bagi dikongsi sama. manusia sudah tertulis takdirnya, ada yang bernasib baik dan terkadang tidak menyebelahi pada satu ketika. namun sudah lumrah manusia, pasti ada saja yang dengki-mendengki. saya cukup hairan dengan senario seperti ini, adilah kita bangsa yang berbangga dengan kejayaan bangsanya dan bukannya bangga dengan kejatuhan bangsanya.

memilih untuk hidup dan melakukan apa yang saya suka, apa yang saya pilih, terkadang tanpa disedari saya melukakan hati orang lain. cita-cita saya masih jauh…sangat jauh…saya tak ingin mengecewakan sesiapa, namun apakah itu bermakna saya harus mengecewakan diri saya sendiri. apakah hanya itu pilihan yang ada? apakah dah tiada manusia di dunia ini yang sanggup berusaha memahami apa yang saya rasakan ini? saya ingin hidup, saya ingin berjaya…namun saya tak sanggup nak melukakan hati siapa-siapa. apakah manusia yang keras hatinya sahaja yang akan berjaya di dunia ini? dan jika benar, maknanya, saya memang tiada peluang untuk berjaya? benarkah begitu? sedih saya, banyak sangat kekurangan diri saya ini untuk memenuhi impian semua orang. tapi kenapa mereka tak memahami ketidakmampuan saya? apakah kekurangan saya ini melayakkan saya untuk dihina?

susah hati saya... susah hati…”

teringat seketika ucapan dari seorang kawan lama

"siapalah kita ini untuk menggembirakan semua orang. jadi pilihlah untuk menggembirakan hati kamu sendiri. barangkali sudah terlalu lama kamu berharap. maka berhentilah berharap. melangkahlah.. dan melangkah harus ke hadapan. sekali lagi, senyumlah pada dunia. manusia memang mudah melafaz, senang menghukum. mahal kan pengalaman hidup ini? jangan susah hati…”

cukuplah wahai hati
jangan jadi timba yang mencari perigi..
menagih kasih tak henti-henti
berhentilah berharap wahai jiwa yang tak sedar diri..

LOVE,

No comments: